Jadual perancangan

Nantikan pengumuman dari SALAM tentang



1. Menjelajah Gua Tempurung, 15 Mei 2010



2. Program 3R di Pejabat SALAM, Mei 2010



3. Menanam Pokok di Pulau Carey, Jun 2010



4. TOT Modul Asas Alam Sekitar, Jun 2010



4. Sahabat Alam Hijau, SK Bangsar, Julai 2010



4. Sahabat Alam Hijau, SK Bukit Beruntung, Julai 2010



5. Eco Kids Outing, (akan diumumkan)



8:40 AM

Menjelajah Gua Tempurung, 15 Mei 2010

Aktiviti ini akan diadakan pada 15 Mei 2010 (Sabtu) di Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Para peserta berpeluang untuk menyaksikan keindahan alam semujadi di sekitar gua dan di dalam gua seperti pembentukan batu-batu akibat hakisan.

Perjalanan bermula seawal 7.00 pagi dari Pejabat SALAM ke lokasi. Penerokaan ke dalam gua secara keseluruhan memakan masa selama 4 jam, dengan jarak perjalanan di dalam gua sejauh 3.8km (ulang-alik). Aktiviti ini dikategorikan sebagai amat mencabar. Para peserta diminta membawa bekalan makanan dan minuman sendiri dengan secukupnya, serta pakaian persalinan.

Kos untuk setiap peserta:
1. Yuran pakej untuk guider sebanyak RM22.00
2. Kos pengangkutan car pool akan ditentukan nanti. Car pool lebih murah, mengurangkan pencemaran dan kesesakan.

Jika berminat, sila hubungi Nal di SALAM melalui 03-79584021 atau nal@salam.org.my dengan memberikan nama, no.KP dan no. telefon.

0 comments:

Post a Comment