Jadual perancangan

Nantikan pengumuman dari SALAM tentang



1. Menjelajah Gua Tempurung, 15 Mei 2010



2. Program 3R di Pejabat SALAM, Mei 2010



3. Menanam Pokok di Pulau Carey, Jun 2010



4. TOT Modul Asas Alam Sekitar, Jun 2010



4. Sahabat Alam Hijau, SK Bangsar, Julai 2010



4. Sahabat Alam Hijau, SK Bukit Beruntung, Julai 2010



5. Eco Kids Outing, (akan diumumkan)



12:03 AM

Eco Kids Outing, 10 April 2010

Program setengah hari ini dijalankan oleh tunggak utama sukarelawan iaitu Yanie dan Arwina. Seramai 16 orang anak-anak yatim dari Rumah Hembusan Kasih dan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah turut bersama-sama menjayakan program ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk menanam kesedaran alam sekitar kepada pada peserta di samping untuk beriadah secara lebih sihat dan bersih. Antara aktiviti yang dijalankan adalah environment hunt, mengutip sampah dan mendaki bukit.SALAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang melibatkan diri. Begitu juga dengan pihak Majlis Perbandaran Klang yang banyak membantu kami menjayakan program ini termasuk memberi sumbangan makanan.

SIG Alam Sekitar akan menjalankan program seperti ini lagi nanti dan berharap lebih ramai pihak yang dapat melibatkan diri dalam menjalankan aktiviti kempen kesedaran alam sekitar.

Sila klik Eco Kids untuk melihat gambar-gambar aktiviti tersebut.

0 comments:

Post a Comment